Perhatian Seller Kecil Online!-Wajib Baca!



Salam semua seller dan buyer,


Saya Ezzah ( kebanyakan pos dalam ni pos saya hehe..)

Laman web ni di bina atas dasar kepercayaan dan semangat perkongsian. Saya melihat banyak seller online kecil macam saya struggle untuk mendapat pelanggan walau join beribu group dan beribu kawan.

FB NEW RULES YANG PATUT ANDA TAHU

Kenapa post saya reach sikit dan ada 1 atau 2 komen je. Komen pun dari orang yang sama?

"Dia macam ni. Walau friend beribu pun. Fb dah set new rules. Yang boleh dapat notifcation bila kita update, share, komen, engage hanya kawan2 yang rapat dan selalu buat benda sama pada kita. Kalau 5 orang. 5 orang tu je lah. Kecuali kawan2 dia turut like. So dia macam ni. Kita>5kawan rapat>5kawan kepada kawan turut like>5 kawan kepada kawan kepada kawan turut like>viral.

Tujuan fb buat rules macam ni. Sebab nak jual iklan fb ads.

Masuk group ada sejuta pun sama rules dia. Sebab terlalu ramai buat iklan niaga. Fb nak suruh kita beli. Bukan percuma.

Sekadar perkongsian sebagai peniaga fb dan kawan rapat anda."
~~Pengalaman seorang seller kecil dengan FB.~~

Justeru saya sebagai peniaga kecil macam anda terfikir kenapa tidak kita semua berkumpul di satu web yang sama dan share link post masing-masing?.


Contoh web ni saya punya, tapi post anda punya. Ada nombor telefon anda dan saya tak kacau langsung hanya sekadar memberi tempat menjual tanpa sebarang caj. Urusan lain di lakukan oleh anda. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas segala transaksi berlaku kecuali barang yang di jual atas nama saya Ezzah. Namun harus di ingat, seller yang tidak jujur akan di remove dan di ban dari web ini selama-lamanya.

Jadi teruskanlah servis yang baik dan share link post anda. Anda share, orang masuk web, jika tak beli anda punya, mungkin beli orang lain punya yang ada. Orang lain buat benda sama, kalau 100 orang buat sikit sorang, Web ni akan meletup. Masing-masing dapat tempias rezeki. Insya Allah

Setuju?.

Kalau minat nak iklankan kat web ni. Sila contact kami di email ezzahcutee@gmail.com. Sertakan sekali jenis perniagaan, info barang, harga dan gambar serta no whats app anda. Sekiranya barang itu okay, selamat dan patuh undang-undang negara. Saya akan letak di web.

Sebagai balasan, apa yang perlu anda lakukan setiap hari hanya share 1 link dari post barangan anda sendiri. ( Maksudnya setiap kali nak promosi barang anda yang ada, sila guna link post anda di web ni agar web ni viral). Sama-sama merasa sikit sorang. Tak ada siapa rugi kalau orang tak beli pun, ada yang lain dapat rezeki. Dapat pahala sekali.

Untung kan? 
Siapa nak kena cepat. Terhad kepada 50 orang trusted seller je.

P/s: Untuk Featured Post Galerri kat atas yang gerak-gerak tu jika nak letak saya kena caj RM5 satu barang per post per link. Maaf ya. Segala pendapatan yang ada dari situ saya akan guna untuk FB Ads ke web ni.

Bersatu bertambah mutu, 

Berkhidmat untuk rakyat...

Ezzah






1 comment:

  1. Salam, saya & isteri berminat dgn produk kecantikan/kesihatan yg di paparkan di sini, tapi malang nya, kenapa takde cara nak contact seller eyh? Semua post pun takde komen, at least kita tau yg seller responsif.

    ReplyDelete